๐๐„๐‘๐Œ๐€๐“๐€ ๐€๐†๐€๐Œ๐€, ๐“๐Ž๐Š ๐†๐”๐‘๐” ๐๐ˆ๐Š ๐€๐™๐ˆ๐™


Tuan Guru Datoโ€™ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah nama yang tidak asing lagi pada suatu ketika dahulu, mahupun kini. Beliau adalah antara tokoh ulama terkemuka dan tokoh gerakan Islam di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Beliau dikenali dengan nama panggilan โ€˜Tok Guruโ€™ kerana kealiman dan pengamalan agama dalam kehidupan. 





  • Tok Guru adalah guru yang menghabiskan masanya dengan berceramah, berdakwah, dan mengajar di seluruh negara selama lebih 20 tahun. Hasil pembelajaran serta pengalaman yang dilalui oleh Tok Guru ini, meletakkan beliau sebagai tokoh pemikiran mujaddid Islam di Malaysia. Ketokohan pemikiran dan pandangan beliau sekaligus diiktiraf oleh dunia, apabila beliau tersenarai dalam kedudukan ke-42 individu yang paling berpengaruh. Kajian ini diterbitkan oleh Royal Islamic Studies Center. Dalam buku The 500 Most Influential in the world, Tok Guru telah dipilih sebagai antara individu, tokoh, dan pemimpin Muslim yang paling berpengaruh di dunia.
  • Beliau sudah berkecimpung dalam arena politik sejak dari tahun 1967 lagi, apabila beliau bertanding pada pertama kali di kawasan Parlimen Kelantan Hilir untuk negeri Kelantan pada tahun 1967. Bermula dengan itu, khidmat beliau sebagai wakil rakyat membawanya kepada perjalanan politik yang jauh dan mencabar. Pada tahun 1990, Tok Guru telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dan beliau berjaya mengemudi bahtera kerajaan negeri Kelantan dengan bimbingan wahyu, iaitu al-Quran serta merujuk hadis Nabi dalam menjalankan sistem pentadbirannya. Ekoran daripada itu, Tok Guru berjaya mengubah dan mentransformasikan pembangunan rohani serta fizikal kepada rakyat dan negeri Kelantan serta beliau menjadi contoh โ€˜memodenkan Islamโ€™ dalam pentadbiran dan negara. Sehingga ke hari ini, negeri Kelantan terus menerajui negeri-negeri di Malaysia sebagai negeri contoh dari segi pentadbiran yang berasaskan Islam.
  • Kepribadian beliau sebagai seorang pemimpin dan ahli politik yang disegani oleh semua kaum kerana
    1. Bersikap rendah diri dan bersederhana
    2. Pendakwah yang petah dalam berpidato
    3. Seorang pemimpin yang berpandangan jauh
    4. Sentiasa mengaitkan dosa dan pahala dalam setiap pandangan
  • Gaya pemikiran beliau banyak menjernihkan kefahaman serta mengubah persepsi dan sudut pandangan masyarakat Malaysia kepada agama Islam. Perubahan agama Islam di Malaysia turut terkesan dengan buah idea pemikiran politik Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ternyata, beliau adalah seorang tokoh agama dan pemimpin yang sewajarnya dicontohi oleh semua.

Pesanan Tok Guru:

โ€œDi dalam dada kita, ada satu ruang yang perlu diisi dengan cahaya. Cahaya inilah yang akan menyuluh dan membimbing kita. Oleh itu, usahlah penuhi dada dengan perkara lain kecuali nur Ilahi . Tiada yang lebih berharga selain air mata orang yang bangun (tahajud) kerana takut azab neraka walaupun setitis, lebih berharga dari isi alam...โ€ 

 โ€œAmbil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada diwajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa melalui mata, mulut, telinga, tangan dan kaki...โ€

 

Comments