𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅
Kursus Penglahiran Bakat Kreatif (BBK3410) memberi banyak ilmu dan pengalaman yang berharga kepada saya. Pada awalnya, saya berasa gementar untuk mengikuti kursus ini. Ini kerana saya bukanya seorang yang mempunyai minat akan bidang sastera. Saya bahkan hanya mengetahui beberapa tokoh sastera negara sahaja bahkan saya tidak banyak membaca mengenai buku sastera. Namun, setelah mengikuti kursus ini, saya dapat pengalaman yang berharga yang susah didapati di mana-mana tempat pun. Saya belajar mengenai cara penulisan cerpen, sajak dan pantun, drama dan puisi dengan lebih mendalam. Kursus ini juga membolehkan saya menghasilkan cerpen hasil daripada karya saya sendiri. Saya juga dapat mengenali sasterawan negara yang terdapat di negara kita ini.
Setiap pagi hari Rabu, saya bangun pagi dengan perasaan seronok dan teruja untuk mengikuti kelas Penglahiran Bakat Kreatif ini. Professor Madya Dr. Kamariah Kamarudin merupakan pensyarah yang mengajar kursus ini. Kepribadian beliau amat menarik dan tegas. Ketegasan beliau dalam mengajar membuatkan ramai pelajar menghormatinya. Saya amat mengagumi beliau kerana beliau merupakan seorang pensayarah dan penulis sastera yang hebat dan banyak memberi motivasi. Setiap waktu kelas, beliau tidak lekang untuk memberi kata-kata semangat kepada para pelajar. Beliau mengajar dengan cara yang mudah untuk difahami dan saya bersyukur kerana diberi kesempatan yang amat berharga ini untuk menimba ilmu dengan seorang pengarang kreatif yang serba boleh dan berwawasan.
Saya juga beryukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tempat yang sungguh megah yang menjadi perisai kebudayaaan dan perbendaharaan kata-kata. Sepanjang kehidupan saya ini, inilah kai pertaman saya dapat menjejakkan kaki ke Dewan Bahasa dan Pustaka kerana saya bukannya berasal dari bandar Kuala Lumpur. Saya berterima kasih kepada Dr. Kamariah kerana jasanya dr. saya dapat berkunjung ke sebuah tempat yang tidak hanya menjaga bahasa, tetapi juga menjaga jiwa sebuah negara.
Saya berpeluang untuk menghadiri dan mengikuti "Seminar Pemikiran Sasterawan Negara, Siti Zainon Ismail" pada 1 dan 2 November 2023. Saya dapat berjumpa dan bersua dengan tokoh sasterawan yang hebat seperti Siti Zainon Ismail dan A. Samad Said. Mereka berdua adalah permata negara yang tiada tandingannya dalam bidang sastera dan seoranh sasterawan yang popular di negara ini dengan karya-karya yang hebat. Saya juga dapat melihat dan mendengar sendiri pensyarah saya, membuat pembentangan bersama-sama pengarang kreatif yang hebat seperti Mawar Safei, Chew Fong Peng, Che Abdullah Che Ya dan ramai lagi. Banyak ilmu diperoleh ketika mengikuti seminar yang gah ini.
Akhir kata, segala ilmu dan pengalaman yang amat berharga yang diperoleh sepanjang mengikuti kursus Penglahiran Bakat Kreatif ini, akan saya manfaatkan sebaik mungkin. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Kamariah Kamarudin untuk segala ilmu yang diberi dan segala tunjuk ajar. Saya berharap agar Dr. Kamariah Kamarudin dimurahkan rezeki selalu, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kelak.
Comments
Post a Comment