𝐋𝐨𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐤𝐚𝐦

 

kuih lompat tikam

Rakan-rakan pernah dengar tidak kuih "lompat tikam" atau pernah merasainya?. 

    Kuih lompat tikam merupakan kuih tradisional dan popular di negeri Kelantan. Kuih "lompat tikam" ini mempunyai rasa unik dan berbeza dengan kuih "lompat tikam" yang terdapt di negeri Terengganu. Kuih ini sering menjadi pilihan untuk hidangan jamuan, kenduri dan boleh dijumpai di pasar-pasar di negeri Kelantan. Kuih ini cantik dengan warnanya warni yang terdiri daripada pelbagai warna iaitu merah, hijau dan putih. Setiap komponen warnanya mempunyai rasa yang tersendiri dan apabila dimakan semua bersama rasanya sangatlah sedap dengan rasanya yang lemak dan manis. Warna merah ialah beras pulut yang diletakkan sedikit pewarna merah dan warna putih pula merupakan kuah santan yang berlemak dan tawar rasanya. Pulut merah dan santan putih dimakan bersama-sama kuah pekat yang biasanya terbuat daripada gula melaka. Kuah ini mencipta kombinasi rasa yang sedap dan memuaskan hati.


Comments

Popular Posts