𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭𝐢 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐢 & 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡: 𝐌𝐮𝐳𝐢𝐮𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫

 


    Pada tanggal 28 November, tahun 2022, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke tempat yang penuh dengan warisan dan sejarah negara iaitu Muzium Negara. Meskipun, lawatan itu hanyalah untuk menjalankan tugasan bagi subjek Kenegaraan ketika di semester 1, tetapi segala pengalaman dan keindahan masih lagi segar dalam ingatanku.

    Langkah kaki yang penuh kehairanan melangkah dengan gemuruh di hadapan pintu Muzium Negara yang megah. Rona cahaya senja menyentuh bangunan bersejarah itu, memberikan aura misteri yang menarik jiwa untuk meneroka kisah-kisah yang dahulu kala. Pertama kali aku melihatnya, aku mengagumi keindahan seni bina muziumnya, rasa kekaguman menyelinap dalam jiwa. Setiap sudut di muzium ini dipenuhi dengan aroma sejarah yang mengalir bagai sungai waktu yang tidak pernah berhenti.


    Meneroka muzium bukan sekadar memenuhi tugasan, tetapi sebuah perjalanan spiritual melintasi zaman. Tiap detik di dalam muzium seolah-olah membawa aku ke peristiwa-peristiwa yang mungkin hanya tercatat dalam buku sejarah. Aku merasakan getaran emosi yang muncul dari setiap peninggalan dan kagum dengan perjuangan tokoh dahulu. Muzium Negara ini mempunyai empat galeri yang memberikan pemahaman memdalam tentang perkembangan sejarah negara dan  memiliki koleksi yang kaya dengan artifak-artifak sejarah, seni rupa dan benda-benda budaya. 

    Lawatan ke muzium bukan sekadar suatu aktiviti menyeronokkan, tetapi lebih kepada satu pengembaraan melalui lorong-lorong masa. Ia memberikan kita peluang untuk merenung dan menghargai pencapaian dan pengorbanan manusia sepanjang zaman. Adalah sesuatu yang sungguh memukau apabila kita mampu melihat jejak langkah leluhur kita dan merasai keunikan setiap zaman. Lawatan itu mungkin bermula sebagai tugasan akademik, tetapi ia berubah menjadi perjalanan jiwa yang mendalam. Aku meninggalkan Muzium Negara dengan hati yang dipenuhi dengan rasa hormat dan cinta kepada sejarahku.

Comments