𝓙𝓮𝓻𝓲𝓽𝓪𝓷 𝓟𝓪𝓵𝓮𝓼𝓽𝓲𝓷



SAJAK BUAT PALESTIN: JERITAN PALESTIN

Di bumi Palestin, tanah yang merah,

Pertempuran tanpa henti, di jalan-jalan berdebu

Tangisan anak kecil bersama deru tembakan peluru

Ketidakadilan membakar, nyala api semangat

Palestin menanti keadilan seperti bintang di malam yang kelam.


Gaza, tempat kisah pilu berputar

Menyaksikan tragedi tanah terlara

Pelbagai kisah duka dan berdarah

Pelbagai derita terpendam

Pelbagai tangisan dan jeritan


Wahai dunia lihatlah apa yang berlaku ini

Wahai dunia dengarlah jeritan mereka

Wahai dunia serulah keadilan buat mereka

Wahai dunia layangkanlah doa buat mereka

Semoga bumi Palestin kembali aman sejahtera.


Jeritan anak-anak di malam yang sunyi

Menggema di celah rumah-rumah yang runtuh

Dalam kelamnya malam, mereka berdoa

Harapkan kebebasan kembali ke rumah.


Dalam rahmat Tuhan yang Maha Kuasa

Ku berdoa untuk keamanan dan kasih sayang

Agar bumi Palestin bersinar lagi

Dalam keharmonian, tanpa lagi derita.


Comments