𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐫𝐚𝐦𝐚: "𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐈𝐭𝐮 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡"
![]() |
Drama Syurga Itu Bukan Mudah |
Drama yang hangat diperkatakan kini di media sosial, iaitu drama "Syurga Itu Bukan Mudah" yang dilakonkan oleh Amir Ahnaf dan Anna Jobling sebagai watak utama. Drama tersebut telah mencetuskan kontroversi dan menerima kritikan ekoran beberapa babak yang dilihat tidak menjaga sentiviti masyarakat dan agama. Drama Syurga Itu Bukan Mudaha terbitan Global Station Sdn Bhd dikecam teruk oleh masyarakat kerana didakwa mengandungi babak yang tidak senonoh dan tidak sesuai untuk tayangan umum di televisyen. Menerusi babak 'panas' tersebut, Amir Ahnaf yang memenag watak sebagai Farid dalam keadaan marah meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja. Namun, kesibukannya bukan lah kerana faktor kesibukan kerja, tetapi 'kesibukan' dengan seorang wanita yang berada di bawah meja pejabat Amir. Dalam babak yang sama, Amir seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang 'puas'. Babak-babak sebegini menimbulkan kritikan tajam dari masyarakat, yang berpendapat bahawa babak seperti ini tidak sepatutnya ditayangkan dan ditonton oleh umum.
Kritikan juga ditujukan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam industri ini, menuntut agar mereka lebih berhati-hati dalam menapis dan meluluskan babak-babak yang boleh dianggap melampaui batas, terutama yang mengandungi unsur-unsur pornogarfi. Pihak berkenaan perlulah lebih teliti dalam penilaian dan penyuntingan kandungan, untuk memastikan drama yang dihasilkan mematuhi peraturan sosial dan etika yang berlaku dalam masyarakat. Pengarah-pengarah drama di Malaysia, seharusnya mencontohi drama-drama keluaran negara luar seperti negara Korea yang menghasilkan drama bukan berdasarkan kisah cinta semata-mata, tetapi drama yang berimaginasi tinggi yang dapat membuka minda penonton agar berpandangan jauh dan berfikir di luar kotak fikiran.
Comments
Post a Comment