𝓟𝓮𝓶𝓹𝓮𝓷𝓰𝓪𝓻𝓾𝓱 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪 𝓢𝓸𝓼𝓲𝓪𝓵 𝓦𝓪𝓳𝓪𝓻 𝓙𝓪𝓭𝓲 𝓔𝓳𝓮𝓷 𝓜𝓪𝓻𝓽𝓪𝓫𝓪𝓽 𝓑𝓪𝓱𝓪𝓼𝓪 𝓜𝓮𝓵𝓪𝔂𝓾

Isu semasa yang berkaitan dengan bahasa

    Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan seorang warganeraga yang tidak berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu apabila ditanya soalan oleh pegawai imigresen ketika memperbarahui passportnya. Perkara ini amat memalukan dan mencemarkan imej bahasa Melayu kita kerana masih ada lagi warganegara yang tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, malah ramai yang lebih menggunakan bahasa asing dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu bukan sekadar satu aspek linguistik bahkan melambangkan akar umbi dan identiti kolektif rakyat Malaysia. Memang sesuatu yang amat janggal dan pelik jika orang yang berbangsa Melayu menetap di bumi orang Melayu tetapi tidak boleh bercakap bahasa orang Melayu.

    Kini, bahasa kebangsaan kita semakin terpinggir, terutamanya dalam kalangan golongan muda yang membesar di bandar besar dengan kepesatan teknologi yang canggih. Kemerosotan ini berlaku kerana golongan muda mudah dipengaruh oleh anasir luaran terutamanya dalam media sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook dan TikTok. Golongan muda hari ini, tidak ramai menggunakan bahasa Melayu dengan baik apatah lagi untuk menghayati dan memahami bahasa sehingga mahir dalam segenap segi bahasa itu. 

    Penggunaan media sosial yang berkembang pada masa ini telah mempengaruhi golongan muda dari segi penggunaan bahasa Melayu dengan cara tidak betul. Oleh itu, pempengaruh media sosial atau dikenali sebagai 'social media influencer' yang mempunyai ramai pengikut perlu memainkan  peranan mereka dengan menggunakan bahasa Melayu dengan cara yang betul dan tepat dalam menyebarkan sesuatu perkara dan menghasilkan kandungan memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mempengaruhi rakyat menguasai bahasa bangsa Melayu. Ini kerana generasi muda hari ini mudah dipengaruh dan teriku-ikut dengan perkara yang mereka lihat dan suka. Melalui pendekatan ini, generasi muda dapat membabitkan diri dalam proses memartabatkan bahasa Melayu dengan cara menyeronokkan di media sosial.


Comments