๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ก๐ ๐ ๐๐๐ณ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก
Tokoh motivasi yang saya paling kagumi ialah Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah yang merupakan seorang pakar motivasi tersohor di Malaysia. Selama beberapa dekad, beliau telah menjadi sumber inspirasi dan motivasi bagi ramai individu. Beliau bukan sahaja seorang tokoh motivasi, tetapi juga seorang penulis, pendidik, dan ahli falsafah kehidupan. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga pada tahun 1993.
Mari kita terokai kehidupan yang luar biasa dan hikmah yang dapat diambil daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah.
1. Perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran
- Dr. Mohd Fadzilah bin Kamsah menghadapi pelbagai cabaran hidup sejak muda, tetapi semangatnya yang gigih dan ketabahan membantunya mengatasi segala rintangan. Kisah hidupnya mengajar kita bahawa ketabahan adalah kunci untuk menghadapi ujian kehidupan.
- Sebagai seorang tokoh motivasi, beliau telah meluangkan masa untuk menyemangati ribuan orang melalui ceramah dan tulisannya. Beliau juga merupakan seorang pendidik yang komited, membantu pelajar memahami nilai-nilai hidup dan mengembangkan potensi masing-masing. Blog ini mengajak pembaca untuk merenung keunikan pendekatan pendidikan beliau yang memberi tumpuan kepada perkembangan keseluruhan individu.
- Beliau layak diangkat sebagai seorang tokoh akhlak kerana beliau banyak menghasilkan penulisan yang bermanfaat kepada semua golongan masyarakat seperti bagaimana untuk menghadapi masalah-masalah dari segi kekeluargaan, perkahwinan, pembelajaran dan kepimpinan yang bersudut kan landasan agama Islam sendiri.
- Dalam buku "55 Petua Orang Berjaya", beliau mengatakan bahawa cara yang terbaik hendak mengelakkan penagguhan adalah dengan membuat keuputusan tidak bertangguh.
- "Langkah Bestari Suami Mithali" yang memberi garis panduan kepada suami bagaimana untuk menjaga keharmonianrumah tangga mereka dan berbuat baik dengan isteri mereka
- Psikologi Cinta
- Merancang Kejayaan
- Menangani Sifat Marah
- Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
- Soal Jawab Praperkahwinan
- Tip Pelajar Cemerlang
- Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
- Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti: Faktor Mengapa Orang Percaya Kepada Kita


Comments
Post a Comment