𝐃𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐢𝐩𝐞𝐫𝐡𝐢𝐝𝐫𝐨𝐬𝐢𝐬

Hiperhidrosis


Rakan-rakan mesti pernah dengar tentang penyakit Hiperhidrosis kan? Jom baca blog saya kali ini. Saya akan kongsi sedikit sebanyak mengenai penyakit Hiperhidrosis ini.

    Penyakit Hiperhidrosis (hyperhidrosis) atau merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengalami peluh secara berlebihan atau berkeringat secara tidak normal. Hiperhidrosis boleh jadi secara umum atau terhad ke bahagian badan tertentu. Penyakit ini berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Orang yang mengidap hiperhidrosis akan mengeluarkan jumlah peluh yang melebihi keperluan tubuh untuk mengawal suhu badan. Perpeluhan yang tidak normal ini berlaku di tangan, kaki atau muka. Kebiasaannya pesakit hidperhidrosis ini mengalami perpeluhan akibat emosi yang tidak stabil dan juga gemuruh. Keadaan pada ketika normal menjadi abnormal apabila disergah atau tempat perpeluhan menjadikan titik perhatian orang sekeliling menyebabkan pesakit menjadi gemuruh dan malu serta merendah diri serta merta. Keadaan peluh pada ketika itu menjadi sangat banyak dan berterusan dan amatlah sukar itu ia kembali kering. Perpeluhan di kedua tapak tangan dan kedua tapak kaki akan kembali kembali bila emosi pesakit tenang atau pesakit dalam keadaan tidur. Segelintir penghidap penyakit ini juga berpeluh menitik-nitik tanpa sebab walaupun dalam bilik berhawa dingin. 

      Hiperhidrosis boleh mempengaruhi kualiti hidup individu dan menyebabkan ketidakselesaan serta masalah sosial. Penyebab  hiperhidrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat. Penderita hiperhidrosis perlu melakukan rawatan dan pengobatan dalam jangka masa panjang kerana penyakit ini sukar sembuh secara kekal dan boleh muncul kembali setelah dirawat. Umumnya, penyakit ini mula muncul pada usia kanak-kanak atau remaja. Meskipun, penyakit ini tidak berbahaya, namun ianya boleh menimbulkan perasaan malu, stress, depresi atau gelisah kepada penghidapnya. 


Comments